Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

Halal dan Haram...

Petikan Ihya' Ulumuddin_Imam al-Ghazali.


Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; Sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.  (al-Mukminun:51)
 >>  Perihal ayat-ayat yang berhubung dengan persoalan halal dan haram itu amat banyak.
Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam.”
Sabda Rasulullah s.a.w. :                “Ada seorang yang kusut masai, berdebu serta sentiasa mengembara, makanannya adalah makanan yang haram, pakaiannya adalah pakaian yang haram, dibesarkan dengan harta yang haram. Lalu ia mengangkat kedua tangannya sambil mengucapkan : “Ya Tuhanku!  Ya Tuhanku!”  Bagaimanakah orang yang sedemikian itu dapat dikabulkan permohonannya?”       (Diriwayatkan oleh Muslim)
 Rasulullah s.a.w. juga bersabda :     “Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka lebih utama untuknya.”           (Diriwayatkan oleh Termidzi)
Abu Bakar a.s. Siddiq r.a. pada suatu hari, meminum seteguk susu yang diperolehi oleh seorang hamba sahaya. Selesai minum, ia bertanya dari mana susu ini diperolehi. Hamba sahaya itu menjawab: Saya memberikan ramalan kpd sekumpulan manusia, lalu diberikan susu sebagai upah. Mendengar jawapan tersebut, beliau segera memasukkan jari-jarinya ke dalam mulut dan berusaha agar susu tadi dimuntahkan.
Sahal Tustari seorang ulama berkata : Seseorang hamba itu belum mencapai hakikat keimanan sehingga ia memiliki empat perkara iaitu, menunaikan segala kefarduan dengan berpandukan sunnah, makan apa-apa yang halal dengan dasar warak(takwa), menjauhi segala larangan agama, baik zahir ataupun batin serta sabar mengerjakan segala suruhan dan larangan sehingga ia meninggal dunia.
Halal Mutlak yakni yang nyata halal iaitu terhindar zatnya dari sifat atau keadaan yang menyebabkan keharamannya dan terlepas dari sebab musabab sesuatu yang haram atau makruh.
Haram mahad yakni sesuatu yang jelas keharamnya, iaitu sesuatu yang di dalamnya terkandung sifat atau beberapa sifat yang menyebabkan menjadi haram dan tidak diragukan lagi.
Adapun persoalan bagi perkara syubhah ada empat perkara yang perlu diperhatikan :
Pertama: Sesuatu yang diketahui haramnya, kemudian diragukan bahawa terdapat perkara yang boleh menghalalkannya. Maka wajib kita menjauhinya.
Kedua: Sesuatu yang diketahui halalnya kemudian diragukan keharamannya sebab ada bukti-bukti yang dapat diambil untuk mengarah ke situ, maka berpegang sahaja tentang kehalalannya dan hukumnya tetap halal.
Ketiga: Sesuatu yang asalnya haram, kemudian datang suatu sebab yang boleh dianggap menjadi halal dan keyakinan itu dapat disandarkan serta dianggap sah menurut syariat, maka ia adalah halal. Namun, menjauhinya adalah termasuk dalam sifat-sifat warak dan berhati-hati.
Keempat: Sesuatu yang asalnya halal, kemudian timbul sebab baru yang membawa keyakinan bahawa ianya haram menurut syariat. Maka ia dihukumkan sebagai sesuatu yang haram.
Moga beroleh manfaat dari petikan ini..

No comments:

Post a Comment