Search This Blog

Saturday, June 11, 2011

Musibah Berantai...

Seorang CEO memarahi setiausahanya kerana lewat fakskan dokumen serta terdapat pula kesalahan pada dokumen tersebut. Setiausaha menjadi marah kerana Pengurus lambat memberinya dokumen tersebut kepadanya. Pengurus menjadi geram kerana dimarahi oleh Setiausaha dan ditambah pula dengan kesesakan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, si isteri yang ingin bergurau dimarahi oleh sang suami. Terkejut dengan amarah sang suami, si isteri ke dapur dan didatangi oleh anaknya yang ingin menunjukkan hasil lukisannya. Si ibu yang masih terkejut dengan amarah si ayah lalu menengking si anak. Berlalulah si anak ke biliknya dan dihampiri oleh seekor kucing. Tengkingan si ibu tadi membuatkan si anak melepaskan sepakan geram kepada kucing yang ingin bermanja... ( **Petikan buku Murabbi Cinta karangan Ustaz Hasrizal..)


Inilah yang sering terjadi dalam kehidupan kita.. Bila mana nafsu amarah tidak dikawal oleh Iman, akhirnya ia bukan sahaja merosakkan diri kita tetapi ia akan melibatkan insan-insan yang berada diseliling kita. Seringkali kita menjadi seorang yang pemarah walhal perkara tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik. Selalu juga kita memarahi anak-anak kerana degil sedangkan kedegilan mereka itu berpunca dari sikap amarah kita. Berjuanglah, berjihadlah, bersungguh-sungguhlah kita meletakkan Iman terkehadapan dalam setiap tindak tanduk kita..  

Tuesday, May 24, 2011

Ketenangan Hati....

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.


 Kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’

Tuesday, May 10, 2011

Halal dan Haram...

Petikan Ihya' Ulumuddin_Imam al-Ghazali.


Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; Sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.  (al-Mukminun:51)
 >>  Perihal ayat-ayat yang berhubung dengan persoalan halal dan haram itu amat banyak.
Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam.”
Sabda Rasulullah s.a.w. :                “Ada seorang yang kusut masai, berdebu serta sentiasa mengembara, makanannya adalah makanan yang haram, pakaiannya adalah pakaian yang haram, dibesarkan dengan harta yang haram. Lalu ia mengangkat kedua tangannya sambil mengucapkan : “Ya Tuhanku!  Ya Tuhanku!”  Bagaimanakah orang yang sedemikian itu dapat dikabulkan permohonannya?”       (Diriwayatkan oleh Muslim)
 Rasulullah s.a.w. juga bersabda :     “Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka lebih utama untuknya.”           (Diriwayatkan oleh Termidzi)
Abu Bakar a.s. Siddiq r.a. pada suatu hari, meminum seteguk susu yang diperolehi oleh seorang hamba sahaya. Selesai minum, ia bertanya dari mana susu ini diperolehi. Hamba sahaya itu menjawab: Saya memberikan ramalan kpd sekumpulan manusia, lalu diberikan susu sebagai upah. Mendengar jawapan tersebut, beliau segera memasukkan jari-jarinya ke dalam mulut dan berusaha agar susu tadi dimuntahkan.
Sahal Tustari seorang ulama berkata : Seseorang hamba itu belum mencapai hakikat keimanan sehingga ia memiliki empat perkara iaitu, menunaikan segala kefarduan dengan berpandukan sunnah, makan apa-apa yang halal dengan dasar warak(takwa), menjauhi segala larangan agama, baik zahir ataupun batin serta sabar mengerjakan segala suruhan dan larangan sehingga ia meninggal dunia.
Halal Mutlak yakni yang nyata halal iaitu terhindar zatnya dari sifat atau keadaan yang menyebabkan keharamannya dan terlepas dari sebab musabab sesuatu yang haram atau makruh.
Haram mahad yakni sesuatu yang jelas keharamnya, iaitu sesuatu yang di dalamnya terkandung sifat atau beberapa sifat yang menyebabkan menjadi haram dan tidak diragukan lagi.
Adapun persoalan bagi perkara syubhah ada empat perkara yang perlu diperhatikan :
Pertama: Sesuatu yang diketahui haramnya, kemudian diragukan bahawa terdapat perkara yang boleh menghalalkannya. Maka wajib kita menjauhinya.
Kedua: Sesuatu yang diketahui halalnya kemudian diragukan keharamannya sebab ada bukti-bukti yang dapat diambil untuk mengarah ke situ, maka berpegang sahaja tentang kehalalannya dan hukumnya tetap halal.
Ketiga: Sesuatu yang asalnya haram, kemudian datang suatu sebab yang boleh dianggap menjadi halal dan keyakinan itu dapat disandarkan serta dianggap sah menurut syariat, maka ia adalah halal. Namun, menjauhinya adalah termasuk dalam sifat-sifat warak dan berhati-hati.
Keempat: Sesuatu yang asalnya halal, kemudian timbul sebab baru yang membawa keyakinan bahawa ianya haram menurut syariat. Maka ia dihukumkan sebagai sesuatu yang haram.
Moga beroleh manfaat dari petikan ini..

Monday, May 9, 2011

Mari Membangun Ekonomi Umat Bersama HPA




Kenapa perlu join HPA???? 

Inilah masanya memperbetulkan niat. Bersama dgn HPA bukanlah keuntungan menjadi faktor utama.. Inilah Perjuangan dan Jihad Ekonomi umat Islam. InsyaAllah,.. berjuanglah dgn Ikhlas, kita akan mendapat ganjaran dunia & akhirat.. Bersama memikul tanggungjawab untuk menjadikan sektor ekonomi kembali milik Umat Islam... Rasulallah seorang usahawan yang berjaya. Begitu juga dgn para sahabat, mereka usahawan yg cukup cemerlang sehingga ekonomi org Islam cukup hebat.. Bukanlah harta yg mereka kejarkan,. tetapi dgn Jihad ekonomi yg mereka perjuangkan menjadikan mereka kaya dan dgn kekayaan itu mereka dapat membantu perjuangan Islam... Kalau org Yahudi seboleh-bolehnya mereka akan alirkan duit dari poket mereka kpd org Yahudi juga, kenapa tidak dgn Umat Islam... Seharusnya kita mesti memastikan duit-duit yg keluar dari poket kita kembali kpd Umat Islam.. Jgn biarkan duit titik peluh kita mengalir kpd ekonomi Yahudi dan sekutunya dan akhirnya duit itulah dijadikan peluru-peluru yg menembak Umat Islam..  Bangkitlah... dgn kekuatan ekonomi, umat Islam akan mampu mentadbir dunia..


http://www.hpa.com.my



Keahlian HPA Cuma RM30.00 Seumur hidup..(Borang dan Kit Niaga)
>Perlu K/P photostart
>Borang dan kit niaga boleh dibeli di HPA Halal Mall, Cawangan, HPA Halal Mart, Stokis HPA




Senarai barangan dalam Kit Niaga
1. 1. Fail Kit Niaga.
2. 2. Borang Permohonan.
3. 3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. 4. Pelan Pemasaran.
5. 5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. 6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. 7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1. Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
2. Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3. Katalog berjilid.
4. Perniagaan ini boleh diwarisi.
5. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8. Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA. http://hpa.com.my/pbc
11. Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.



Langkah Pertama Anda

>> Dapatkan Kit Niaga & Borang ( RM 30.00 seumur hidup)
>> Isikan maklumat pada borang tersebut.
>> Isikan maklumat Penaja sebagaimana berikut. (Pilih salah seorang)

Penaja Anda :-

605862.MY01 - Mohd Rahimi bin Saleh
408740.MY01 - Nor Haryati binti Mukhtar.
607502.MY01 - Rabiah Alawiah binti Mukhtar
605860.MY01 - Saidatul Zaharah binti Mukhtar
612450.MY01 - M. Adam Azfar
607489.MY01 - M. Afham Zuhair




Langkah seterusnya.. membeli dan menggunakan produk HPA.. Seterusnya menaja ahli keluarga anda, kawan-kawan, kenalan-kenalan.. Perkenalkanlah produk HPA kpd mereka.. Untuk menambah kelebihan anda sebagai ahli, mari mengikuti Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( sila lihat >>>  http://www.hpa.com.my/pbc/ )

Saturday, May 7, 2011

Makbulkah doa ku...

Sekadar memetik kata2 seorang Pengarah Urusan :
Bagaimana doa kita akan dimakbulkan kalau setiap kali bersuci kita menggunakan barangan yg diragui halalnya @ jelas haramnya @ terlindung haramnya akibat ketidakperihatinan kita kepada perkara halal & haram.. Bagaimana doa kita akan terangkat jika makanan yg kita makan mempunyai unsur-unsur yg haram..

Marilah kita menjadi org yg prihatin terhadap produk halal & haram... produk kegunaan harian kita.. produk makanan yg akan menjadi darah daging kita..  Ada produk berlabel halal, tapi rupanya palsu.. ada produk yg berlabel halal, tapi pembuatannya tidak mengikut acuan syara'.. ada produk berlabel halal, tapi dikeluarkan oleh pengeluar yg bukan beragama Islam... Ada pihak yg mengambil kesempatan menghalalkan produk mereka utk meraih keuntungan.. Sucikah produk yg berlabel halal...???

www.cap.org.my
http://www.muslimconsumer.org.my/
http://www.hpa.com.my/

HPA - Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Menyemarakkan semangat untuk berjuang dan memenuhi tuntutan Islam agar setiap apa yang kita gunakan adalah dari perkara yang halal.. Bukan halal di logo sahaja.. dan bukan halal kerana namanya.. tetapi halalnya disisi syarak.. Bermula dr bahan mentahnya.. pembuatan.. pengeluaran.. & dr setiap aspek harus dibuat mengikut acuan yg diwarisi dr Rasulallah... barulah ianye halal & suci.....

http://www.hpa.com.my/

JUPEM TRG

http://www.jutr.gov.my