Seorang CEO memarahi setiausahanya kerana lewat fakskan dokumen serta terdapat pula kesalahan pada dokumen tersebut. Setiausaha menjadi marah kerana Pengurus lambat memberinya dokumen tersebut kepadanya. Pengurus menjadi geram kerana dimarahi oleh Setiausaha dan ditambah pula dengan kesesakan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, si isteri yang ingin bergurau dimarahi oleh sang suami. Terkejut dengan amarah sang suami, si isteri ke dapur dan didatangi oleh anaknya yang ingin menunjukkan hasil lukisannya. Si ibu yang masih terkejut dengan amarah si ayah lalu menengking si anak. Berlalulah si anak ke biliknya dan dihampiri oleh seekor kucing. Tengkingan si ibu tadi membuatkan si anak melepaskan sepakan geram kepada kucing yang ingin bermanja... ( **Petikan buku Murabbi Cinta karangan Ustaz Hasrizal..)
Inilah yang sering terjadi dalam kehidupan kita.. Bila mana nafsu amarah tidak dikawal oleh Iman, akhirnya ia bukan sahaja merosakkan diri kita tetapi ia akan melibatkan insan-insan yang berada diseliling kita. Seringkali kita menjadi seorang yang pemarah walhal perkara tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik. Selalu juga kita memarahi anak-anak kerana degil sedangkan kedegilan mereka itu berpunca dari sikap amarah kita. Berjuanglah, berjihadlah, bersungguh-sungguhlah kita meletakkan Iman terkehadapan dalam setiap tindak tanduk kita..
No comments:
Post a Comment